RAMADAN KE- 12 (Cinta pada-Mu meranumkan buah rindu)


Ya Allah, aku mara mencari wujud-Mu. Wujud sebenar itu kekal tanpa kesudahannya Dia yang mendatang diriku dan menghilangkan dari alam syahadah. Adakah Dia akan menerima diriku yang penuh kelalaian dan, kelupaan yang kukira penuh dengan dosa-dosa dan maksiat ; dosa yang tersembunyi dari celah-celah jari hati sendiri .

Wujud sebenar-Mu . Dia sumber datang dan perginya diri dalam dakapan rahmat kesihan belas -Nya . Apakah diri sendiri ini yang berpenyakit , yang menerbitkan suara-suara Islam dari mulut sedang dalam diri membawa penyakit berintikan kehendak kepada selain dari-Mu, Ya Allah . Jika demikian terjadi , bermakna penyelewengan telah pun wujud di dalam diri ini. Apakah diri ini memiliki kehendak-Nya berupa pujian atau kemasyhuran?

Wujud sebenar-Mu bersifat Esa. Manusia datang dan pergi seperti bayang -bayang pada cermin sahaja kerana ia bukan wujud sebenar. Lantaran itu pembahasan syirik adalah penerokaan ilmu yang paling asas . Jangan Kau gagalkan aku Ya Allah mengosongkan kehendak yang tersembunyi di dalam diri akan mentiadakan pahala amal dan bersisa musyrikin yang bersarang di hati ini.

Wujud sebenar itu Esa kerana Dia diluar angka bilangan. Dia tidak dapat dinisbah dengan bilangan angka selama-lamanya. Kekayaan adalah satu-satu milik-Mu. Kazanah-Mu Teragong. Daripada-Nya daku yang insaf ini menyuarakan inti isi hati dan menumpukan tawajjuh. Kunci kehidupanku kukuhkan pada taubat dengan bisikan hati kecil mengandung segulung harapan keredaan Ilahi.

Alangkah rindunya hati ini untuk melihat wajah-Mu. Secair hati ini menangis merindui-Mu, sedemikian ruh ini ingin terbang mendampingi-Mu.

Demikian Al-Ghazali menukil akan ranumnya buah cinta, sebuah rindu yang tidak tertahan; tertancap jauh ke lubuk kalbu, membugar dalam jiwa yang segar keimanan. Sesungguhnya cinta kepada Allah swt, merupakan puncak yang tinggi daripada segala tempat dan perhiasan yang mulia daripada segala pangkat. Tidaklah seseorang memahami cinta, kecuali ia harus pula memahami buahnya yang ranum; termasuk itu adalah rindu.

Adapun maksud rindu kepada-Nya adalah ketika seseorang mencinta Allah swt, maka ia juga berarti merindukan-Nya. Sebab, tidak mungkin terbentuk sebuah rindu kecuali ia harus jatuh cinta terlebih dulu.

Bukankah do'a Nabi berikut:
" Ya Allah, sesungguhnya hamba meminta reda-Mu setelah qadha', damainya hidup setelah kematian, indahnya melihat pada Dzat-Mu yang Agung, dan rindu akan bertemu dengan-Mu.." ( HR. Ahmad dan Al-Hakim )

PENYAIR ITU ORANG YANG PUNYAI KEMANTAPAN HATI DAN AKAL

Saya mengikuti tazkirah Ramadan oleh Ustaz Zahirudin Zabidi di majlis berbuka puasa PENA – ITBM petang 18.7.2014. Di hadapan penyair dan sastrawan tersohor, mapan, gah dan gagah; di hadapan penyair dan sasterawan yang mula mengukir nama beliau mengingatkan akan sumber teragung iaitu Al-Quran yang mesti dirujuk. Dari suumber ini dicari gali segala kekuatan. Perihal penyair disebut Allah sebagai satu kelas istimewa melalui surah Asy Syua’ara’ . Ustaz Zahirudin Zabidi dalam penghujung tazkirah meminta para sastrawan, penyair dan seniman menyemak 6 ayar terakhir surah Asy Syua’ara’ tersebut.

Saya fikir Ustaz Zahirudin Zabidi boleh sahaja meneruskan ucapan itu dengan menerangkan kedudukan ayat-ayat yang dimaksudkan. Dia tidak berbuat begitu dan saya fikir itulah uslub dakwah yang sangat berhikmah.

Dalam Alquran, sebutan penyair dinyatakan secara bersama-sama dengan beberapa sebutan seperti orang gila, penyihir, dukun dan juga dengan sebutan syaitan. Al Quran, menyebutkan kata penyair secara khusus dan sangat terang sebanyak 10 kali, dan dengan bentuk derivasinya (sinonimnya) sekitar 60 kali (lihat, Mu’jam Alfadz al-Qur’an Karim, cet II, Juz 1, Kairo: Haiah al-Masry al-Amma, 1970, hal 575-577). Dan, secara istimewa, bahkan menyebut satu surahnya, dengan nama As-Syu’ara (para penyair).

Karena Al Quran telah menyebut penyair secara bersamaan dengan sebutan penyihir, dukun dan sebutan orang gila, maka pertanyaan selanjutnya adalah, apakah Islam melarang umatnya membuat puisi? Jumhur ulama telah sepakat mengatakan, bahwa perbuatan sihir (belajar sihir) dan semacamnya adalah haram, sebab ia mengarah pada sesuatu yang dilarang (persekutuan dengan syaitan). Atas dasar ini, ditegaskan bahwa Al Quran bukan hasil dari sihir (perdukunan), bukan pula karya syaitan, bukan pula karya puisi.

Imam Malik bin Anas, dalam Al-Muwatha (Kairo, Kitab al-Kalam, 1951 hlm 609-610) mengutip hadis Nabi, “Sesungguhnya dalam pemakaian bahasa terkandung sihir.” Hadis ini turun, menurutnya, ketika sahabat Nabi sangat kagum dengan kedatangan dua orang laki-laki dari Timur kemudian berpidato dengan retorika yang bagus, disertai dengan pembacaan puisi yang amat memukau.

Atas dasar itulah, ketika ditanya sahabat, apakah Nabi pernah berpuisi, Aisyah menjawab bahwa puisi adalah bentuk omongan yang ia benci (Ath-Thabari, Jami’ al-Bayan, Juz IX, hlm 224).

Kandungan surah Asy Syua’ara’ iaitu ayat 224 – 227, Allah berfirman, “ Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat, Tidakkah engkau melihat bahawa mereka itu mengembara di lembah-lembah. Dan bahawa mereka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya? Kecuali penyair yang beriman dan beramal soleh dan banyak mengingati Allah dan mendapat kemenangan selepas mereka dizalimi, dan orang kafir pasti mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali”

Sejarawan Muslim at-Tahawani menceritakan, sejarah turunnya surat As-Syu’ara (para penyair) dilatarbelakangi kenyataan bahawa di sekeliling Nabi adalah para penyair, seperti Ka’ab bin Zuhair, Labib bin Rabi’ah, Imri’ al-Qois, Abu Mihjan ats-Tsaqafi, Abu ath-Thamhan al-Qaini, Dhabi bin al-Harist al-Barjami, Suhaim Abdul Bani al-Hashas, an-Najasy al-Haritsi, dan Syabil bin-Waraqa.

Ketika turun ayat, “Dan para penyair diikuti oleh orang-orang yang sesat,” lantas Hasan bin Tsabit dan Ibnu Rawahah, yang dikenal sebagai penyair Muslim, cepat-cepat menghadap Nabi SAW, dan berkata, “Wahai Rasulallah, ayat tersebut telah turun, dan engkau sungguh mengetahui bahwa kami ini adalah penyair.”

Nabi kemudian bersabda, “Sesungguhnya orang mukmin berjuang melalui pedang dan lidah (tinta)-nya.” At-Tahawani kemudian mengutip pendapat al-Baidhawi dalam menafsirkan ayat tersebut. Menurutnya, memang sebagian besar penyair saat itu hanya mengungkapkan khayalan-khayalan yang jauh dari kebenaran, dan sebagain besar dari mereka itu telah mengumbar syahwatnya melalui kata-kata berkaitan dengan cinta dan pencabulan, cumbu rayu, menyebut sifat perempuan dan bentuk tubuhnya dengan telanjang, laksana mereka melihat onta di hadapannya, janji dusta, dan bangga dengan sesuatu yang tidak benar, juga hinaan kepada sesamanya.

Penulis atau penyair yang menulis sesuatu yang menyesatkan orang lain (lalai dari mengingati Allah).... termasuklah skrip, lirik, lagu-lagu atau apa jua konotasi dalam apa jua yang diterjemahkan sebagai bahan bacaan untuk didengar lalu disebarkan. Diibaratkan oleh Allah sebagai pengembara yang ‘berangan’ dari lembah ke lembah, bercakap (menulis) sesuatu yang tidak dilakukannya.

Mereka yang menulis, menyunting, menerbit, mencetak dan menyebarkannya..tertaklif padanya ayat-ayat di atas yang merupakan terma dan syarat dalam batas-batas sebagai mukmin yang beramal soleh serta berjuang menyampaikan kebenaran.Firman Allah selanjutnya, “Kecuali orang-orang yang beriman”, sebagai pengecualian penyair mukmin yang baik, yang sering mengingat Allah, dan dorongan untuk memegang pada norma atau etika, seperti menjaga kemaluan, penyeruan untuk beribadah kepada Allah, bersilaturahim dan semacamnya (At-Tahawani, Kasyaf Isthilahat al-Funun, Juz II, hlm 744-755)
.
Nabi sangat apresiatif terhadap para penyair, sebagaimana yang dilakukan kepada Hasan bin Tsabit. Al-Mubarad adalah salah seorang sahabat sering meriwayatkan sikap apresiasi Nabi kepada penyair. Menurutnya, Rasullah sering menatap penyair dengan wajah tersenyum dan bersabda, “Padamu semoga Allah memberi kemantapan hati.” Hal ini dilakukan Nabi tatkala mendengar kasidahnya Ibnu Rawahah (Muhammad bin Sulam al-Jumahi, Thabaqat Fuhul asy-Syu’ara, hlm 188).

Loghat Orang Raub

 Orang di Raub mengamalkan sebutan yang unik.  Ada perkataan-perkataan yang boleh difahami  oleh masyarakat di luar Raub.  Namun ada juga perkataan yang cuma difahami oleh masyarakat di Raub sahaja. 



Senarai Loghat Raub
~A~
aba=abang
acher = cuba
alar - serangga perosak yg memakan padi
alor,tali air=parit
ambi ambi=hati hati ~ dah siar ~
ama = anizam mohd ali
ame=kalau ~ dah siar ~
amlo = melawak
ampuh=tenggelam
angkat.angkit=bawa keatas
angngai = tidur dengan meletak kaki atas orang
angngu=sunyi/rindu
antap=sasa.berat
antoi,hantoi=lembab
aok = awak
apakeboktan=perbuatan.gelagat
ataih=atas
aya=ayam
~B~
Banguk, bangak =bangang=bingung = bodoh
babir,babey=degil
Badai=badan
Balun=belasoh=belasah
banir=tunggul kayu yg besar
baok,bawok=bawa
Banan - Lali ~ dah siar ~
bangkar=kayu yg dihanyut berkumpul disungai
bangkong=pukul dgn senjata atau peralatan tumpul(kayu)
Barai=jatuh
baran=pemarah
bangngo=tersangat busuk(biasanya disekalikan >busuk bangngo)
bata=batang
bakak=besar
baya - Masakan yg tidak sedap/kurang perisa
bedamar - berbekas/bekesan ~ dah siar ~
bebal=bodoh..susah di ajar
bedozar=bulldozer
Beladow=brdeney=brdanyar=bertakung ~ dah siar ~
belanar=bertakung
Belangkong=pukul ,belasah
belebas= palang kayu tempat letak kunci @ barang2 yg kecil di rumah
belemin - berminyak ~ dah siar ~
belulang=kematu
benchoh=bencah,paya
bengkeng=naik darah,pemarah
bentat= tak menjadi
bentan=membengkak semula n bertambah sakit
bingkas=pantas
berado,berador=tidor ramai2 sedara mara ~ dah siar ~
berambat,berkejorai=berkejaran
berambi=berhati2 ~ dah siar ~
bercelih=berbeza.lain dari yg lain ~ dah siar ~
berdamar=berkesan ~ dah siar ~
berecer=berciciran ~ dah siar ~
beringor=bagi tau ~ dah siar ~
berjahar=bersepah ~ dah siar ~
Berjeha lana - bersepah
berjerebing=berjurai,mengerebang.tak terurus ~ dah siar ~
berkedunden= berkepit sokmo/together2.... ~ dah siar ~
berkerabat= bercantum dua, susoh nok lepaih...
berlangir= mandi , menggosok ketika mandi
berlat.berelat=kenduri kahwin ~ dah siar ~
berlentung,berlentang=sesuatu bunyi yg kuat
berkerebik=berkepit.mcm belangkas ~ dah siar ~
berlempek=terhempas kebawah ~ dah siar ~
berlemoih,berlemus=anggota badan yg kotor(berlumpur yg banyak di badan) ~ dah siar ~
berluba=berlubang
berpinor=berpinar
berseha=berusaha
bersinap=tak tahan lama
bertemin,bertomin=benjol dahi ~ dah siar ~
betoh,betah=sembuh(luka dah sembuh)
Bimbor=bersebelahan ~ dah siar ~
bincut=bengkak
Birah=gatal,miang
birat=lebam
bintat=bidat.tanda bengkak kecil dibadan
bok=bagi
boling,boleng=bogel,telanjang bulat
botok=botak
maru = buang tebiat, tabiat bukan seperti sifat biasa @ rutin
buja,bujam=sejenis bekas utk megisi bijiran seperti padi yg di buatbular - mata bulat
dari mengkuang
bubuh=letakkan,masukkan,isikan
bungkuh,bungkeh=bungkus
buntat=panggilan manja
buntil=karung,guni..biasanya dibuat dari kain utk mengisi tepung dll
buloh solan = buloh utk meniup api
Benchot = bengkak
berkerikut=bengkok,berkeluk
bedaung=jauh/tebal
Buri=pusing laju
bingai = degil, nakal
berderit-derit = membrek dengan mengejut
bahan = belasah, pukul, hentam
berkerawai = mata yang penuh dengan taik mata
.
~C~
cadai=cadar
cagu=kuku mencengkam
cakna =peduli
canak,mencanak=laju,pantas
capang=kembang,besar(telinga besar)
Catuk = duduk diam/berdiri tegak
carok=belukar
cebek=membawa
cecing=cacing
Cengkelik = lemas ~ dah siar ~
cengkalit=bersepah
cepidor=lintang pukang
cerengin=panas baran/mudah menangis tak tentu pasal.
chemey=sepet(lain sebelah)
cerakoh=cerakah(dahan kayu yg bercerakah..cth)
chebik=juih
Chemuh/ chemoih =jemu Chemei=sepet
chelar=sesuatu kejadian yg tidak elok
cheloh.celoh=celah
cherok,cerok=ulu,pendalaman
chengkik=t'cungap-cungap
chengkelat=menipu/tak tepati janji
chirat/ cherek =cerek
Chong - penipu
Cohor = air buangan masakan kek bawoh pelantor......
chulas=malas
Cuking/cokeng= kain basahan
Chike=mabuk/keracunan makanan
charuk/corok=tempat/lembah paling tersorok jauh ke dalam
Cilam-bilam = tenggelam timbul
Chetong=bekas untuk isi air.
~D~
dakor=ikhtiar
Damas - menbazir
Dangau=pondok
dan=sempat
danau/danar = kolam ikan @ tasik
daney=
Dapung=panjat
dedor =dedar,suam suhu panas nak demam
demeh=korang,dema,deme
Dempak - gemuk/besar
derian=durian
deruwoh = meghalau /memanggil
doder=dodol
drebor=drebar
dugal,muntoh=muntah
dunging=bertaki
de'eh=jatuh terduduk sampai ber'de'eh'
dawo=baya
dogok/dugok/dungkak =sondol
.
~E~
ekseng,eksen,eksei=berlagak
emaih=emas
Emboh=boleh
Embatnye =mengapanya
Empok=empuk.lembut
empuk=untuk
endi=mengada-gada
encut=tempang ( jalan terjenkik jengkik )
endo=tak nak(loghat rawa kg gali tongah)endo ku podah
entadeh=baru tadi
entoh=entah
esut=anjak
.
~F~
.
~G~
gadang=sejenis alat seperti talam yg diperbuat dari bilah buluh
gadut=seluar dalam,spendar(spender)
galat=sembelih
garas=gosok
gasak=tak kisah
gayat=takut pada ketinggian
gamok = agak
gebang=cakap banyak
gebo,gebor=selimut ~ dah siar ~
gebok=kotak besar yg dibuat dari papan utk menyimpan padi yg telah di asingkan dari tangkainya
Gedemper=gedempol
gelegar kayu=alang kayu(kayu yg diletakkan dibawah lantai papan)
genatet/genatat - nakal/ hyper active ~ dah siar ~
geragul=was was
geriang,belewok=biawak
geringsing=kuali
geroin=keypong, gigit,
Geruh=petanda/alamat..
getek=juga ~ dah siar ~
getik = geli/jijik ~ dah siar ~
ghereling=meletak air pada pinggan mangkuk n gelas dengan cara memusingkan peralatan tersebut untuk dicuci
gheloh.reloh=senja gelap
gonyoh=gosok dgn kuat
Gumpal=gomol/juga sama dengan kerunyuk yg padat
gogok/guguk=teguk
gudel =kacau
guguh=pukul
.
~H~
habat=pengotor ~ dah siar ~
hambat=kejar
Hambla - bergurau
hamput=marah.maki
hampuras=haram jadah
hampas= x guna 1 seing...
hangit=bau masakkan yg terlebih masak
hantok=melaga(melagakan kepala)
hapoh,hapah=apa pun tak ada
hek,sanget=sangat
henyak=himpit
hujai belepor lepor=hujan terlalu lebat
hungcas=kirai herot=senget,kenchong
Huntai,melantok=melantak atau makan seperti org kebulor
hunyai=sama maksud dgn lunyai
hamih/hamis= hanyir
higang=tarik secara paksa kerana berebut sesuatu
hita geliam = hitam pekat
Hokmeh - korang/engkau orang
homih =banyak mulut
Hoget = goyang
.
~I~
iket=ikut
ineh=ini
Irik=proses memisahkan biji padi dari tangkai
iterh,iteh=itu
~J~
Jabir - beg plastik ~ dah siar ~
jamban=tandas
jaras= muda
jas lodoh=rosak teruk
jebik=juih
jelobir.jeluber=mendenya
jempert=jemput
Jender=jendol,botak sulah jas=rosak
jengkei=jengkal
jerang=tanak,masak
jerih=susah
jenuh=letih.penat
jeluak/terjeluak=terluah semula
jebak=perangkap burung
jelepok=duduk
jeran=jemu
jerungkang=terjatuh,tersembam
jeremal=belat,lukah
jeremok=alat memeredak ikan
julat=tolak kat tempat tinggi
juju,menjuju=berpusu pusu
jujut,berjujut=tak putus2,berduyun2
jahama=muqaddam.
.
~K~
kaber=lambai ~ dah siar ~
kada-kada=kadang-kadang
Kaeh - saya keh,kas=saya ,aku
kambus=tutup
kampit=plastik
kain kandul=seluar dalam/cawat
karok=obor api
katok=katak
kanchoit=seluar dalam(pendek)
kanchoih,kanchus=terkejut
kanyo =malu >berubah air muka
kasert=kasut
kelenjar=bengkak(biasanya di pangkal peha)
keja=kejang
keboh,kebah =sembuh dari demam
kecek=meminta
keghrar.kerang=kotor,comot.selekeh
kejo,kejor=kejar
kekada=kekadang
kekiok=anai anai
keknyeh=tapinya ~ dah siar ~
kelek=gendong(membawa barang di sebelah tepi badan)
kemas kemin =bertutup rapat
kematu=kulit kasar(tapak tangan n kaki)
kemetot=kecil pendek
kempih=kempis
kempunan=dapat bala akibat tidak menjamah makanan/melepas
Kendian=kemudian
kenen=inginkan sesuatu/menjodoh
kenya,kenyam=rasa dgn lidah
keras berdengking=keras sangat
kerayan=terkejut
keranjat=terperanjat
kerewok.kereghwok=terkoyak,rabak,tersiat,berlubang,terkeluyat
kerobek=mencari sesuatu dgn teliti
keropeng=darah yg kering pada luka yg besar
kerupih,keropih=selongkar
kuring=comot
keret=gigit ( biasanya utk buah) cth:- nyor terh dah kerek de tupai
kesert,kesot=alih,ganjak
kesit = makan sikit sikit
ketembe,ketomber=bisul di kelopak mata
keteter=berbaris ,mengikut di belakang beramai2(mengekor di belakang)
keto,ketor=ketar
ketor gugut=gigil
ketor geho=gopoh gapah
ketot=pendek
krtut=ketuit,ketuat
ketuyung,ketoyong=jalan terhuyung hayang
kerayan=cemas
kilas=pulas
kimpiuh=leper,tak berisi(ponggongnye kimpuih)
kinchah=mengocok air
kinche=kocok,cong(daun terup)
kinchong,kenchong=herot senget
kirai=perbuatan menggoncang sesuatu bagi mengurang kekusutan
Kirak=di terbalik
kola,kolar=kolam
komda=kuala medang
kome=kami
komper=kumpul
konterk=kontot,pendek
konterer=kontrol
kosik=usik
kukaih=cakor,cakar
kuett=gerak/cuit.
kureh melengking=kurus sangat
krukas=cakar
kumpot=kontot,pendek,puntut
kuring=comot
kerutuh/krutung=hurung
kepok=bekas isi padi (mcm tong besar)
kerubik=kopek/belek2
kuler = cawan
kutai=tua
Kumeh - saya/kami
kelik = cuba melarikan diri , mengelak ( dalam permainan)
~L~
labak=tabur
lagok=lagak
lagong=menghantok
lako=lama .
lala=lalang
lambas,melambas=tebas,menebas
lambuk=batang keladi
lampu selaik=torch light
lantok=lantak,biar
lanteng=campak
lanyok=latam,meratakan tanah,membajak
lat-lat=selang seli
latam=pijak
lauh=panggil
Lebuh= jalan raya
leche=tilam
Lechoh,lechah=lopak yg berair atau berlumpur
lemban=lembik
lemoh=lemah
lecut=rotan
ledey=cuai
lenchun=basah kuyup
leit=?
lemoi=lembut
lemor=masuk angin(keropok n kueh)
lempa=lempang
lempong=ringan
lengit=,sejenis permainan rakyat(kejar-kejar) yg kalah dikira lengit
lengkung=gambaran utk menyatakan bunyi besi atau apa saja yg diketuk
Lepa=tak sedar,tak sempat,lalai,alpa(pantang lepa)
lepaih=lepas
Lepeh= Kuala Lipis
lesih - cuci/bersih
leydut=pekat
lihe=letih
Limpik=penyek,leper
linta puka=lintang pukang
linyik,lenyek=penyek,leper
linyo.linyor=licin berkilat
lisut=kechut
litak=penat,letih
Liwat,meliwat=melampau
loncat,luncat=lompat
londeh=labuh
longgo=longgar
longkoh=longkah terkopek,tertanggal/lekang
lorh iterh=lah itu
luncha=cair,taih
lunyei,lonye=lunyai
luncus=menanggalkan sesuatu dengan mudah
lunus=cara berjampi menggunakan kain atau daun kayu yg diusap di seluruh badan
.
M
makai=makan
malan=mabuk pinang
mantoh/mentoh=mentah
maru=nahas
marok = nyala
Mat'eh=kenapa,,
matnye =kenapa/mengapa
melador=berlanar
melahar=pedas berdesing,pedas sangat
melauh=memanggil.melaung
melelas,melepoh=melecek
melekek lekek=ketawa terbahak2
meloho/melohuk=kentut busuk sesangat
melopo=ternganga,melopong
Melukah = terselak/tersalap
Melula = menangih meraung2
Mencila - menjeling dengan mata yg bulat @ d bulatkan
mencuat=laju,pantas
mengempor=gaya jalan kaki yg terbuka luas
mengendeng....terlio hek=terliur,cuba merapatkan diri bila melihat
mengelat=tipu,tak jujur
mengelesih=menggesel
menggelenyas=mengada gada
mengelenyang=resah
Menggelepor=menggelepar,menggelupur
mengheloh=tido
mengkala=sementara
mengkut=kecik hati
mentedaroh,mentekedaroh=melantak.makan dgn lahap
menjuju juju=laju sanget
menonong=jalan tak pandang kiri kanan
Mentik/muntik/montik = badan jd berisi
menteban=merayau
menukik=menjerit,melaung,melauh
menyempei=mencelah
merada=meradang
meragan,meragai - merana
Meralang - jarang-jarang / sekali-sekala
merala=meralang
merepih=memotong rumput atau membuang rumput
meretoh=tido
merentuh=merentus,membentak
merinuh - hiba/sedih/kecik ati
merobok= berbuih yg keluar dari bawah air
Meronghcus=menjolok
meruyas=berak
Moh=jom,mari,lets go, come on..
Moyok=lemah badan tak sihat
momot=tidak cergas
mutan=buah rambutan
mumor=bahagian buah yg lembik
melempoh,melimpoh=melimpah
mempulor=isi dalam/bahagian tengah sesuatu tumbuhan
melantung=terlalu busuk
memiga= sedang fikirkan sesuatu.mencari akal
mengerel=jalan malam
mengkedu=manis sangat
menjengkit=berjalan tumit tidak menyentuh tanah
menjolung=tinggi
menta menta=mentang mentang
menenging=mengejek
merening=bengkak dengan permukaan melicin(sikit lagi nak pecah)
mengkal=separuh masak
menyelat=buah baru nak masak
menyelongko=menyelongkar
menerubuk.merubuk,merobok.merinih=berbuih
merindoh=gendong n bawak barang
merumuk,mengkut=sakit n kecil hati yg amat
merungkas=lintang pukang.
mongkung=bengkak
melalak=membuat bising
melayak-melayang
merampus=meradang
mensaboh=mustahil
meringkih=berat sangat
Minyokgas = Minyak tanah
mahana=telekong.
~N~
Nok=nak
nyerbert=sebut
Nyo gula=kerisek
Nyo=nyior, kelapa
nangoi=anak babi
ngendeng=inginkan sesuatu
nundoi/nondol=botak licin
.
~O~
ogek/ugek=goyang
oak=awak
olok olok=sesaje,memain
ondek,ondaik=amboi(loghat rawa kg gali tongah)
Ogeng/hogeng = tue
~P~
palar / palor =biar
panas melehot=panas sangat
panaih=panas
Pandak - pendek
pandey=pandir
pangan=jahat
pajan = tidak diberi makan
pangkah betis=merhengpah
pangkin=bangku yg panjang tempat duduk bersantai
para=tempat meletak barang
paroh=parah
pisa=pisang
para=parang
pedooh,pedaah=menipu,
pede =budu
peh=pun
pekong=kudis yg besar n berbau busuk
pelangkong=pepah,pukul guna kayu
pelangkor=petir
pelantor = pelantar
pelesor=penakut ~ dah siar ~
peletok,pelituk-mematahkan sesuatu dgn mudah
pelicok=terkehel
pelicer=perhati,selia
pengko=pengkar
penjas=membuli
penjong=bujur
pepaleh=melampau,berlebih-lebih
pepeh=leper,nipis
pepoh=pepah.pukul
peredak=menyerkop dgn tapak tangan
perentan=masa
perenyir=ramas
pesuk=bocor ~ dah siar ~
Piantan=masa
piat=pulas telinga
pipi mencing=pipi labuh
pisa=pisang
pehing=lebih dari hancing pering
polih=polis
polihpert =field force (polis hutan)
potek=putik
potuh=petir(loghat ora gali tongah)
poyok=tempoyak
puncat,pancit=bocor.pesuk(tayar)
pukah=merosakkan sesuatu
pungkang=baling
pungkor=tunggul kayu,banir
pungkih=buang,di sisih
peghik/perik=keadaan terlalu hangit
punjut=ikat.simpul
poreh=forest; orang kerja pejabat hutan (renjer)
pakuk= tetak
.
~Q~
quran=al-quran.
~R~
rabok=rabak,tersiat
raban=masaalah,tak tentu hala
rabek = koyak kecil
racik=sejenis perangkap burung menggunakan benang
racuk=celup, ambil tidak menggunakan sudu
rajut=bekas ikan diikat di pinggang
ralit=asyik
rapit=akrab.rapat
rebas=renyai
reba =semak/kusut
rebeh=sesuatu yg dah uzur menunggu masa rebah kebumi
rebuh=rebus
rembat=sentap
redik=herdik
rembas=alat untuk menebas
remah,rhemah=butiran nasi yg bersepah.terabur
rhembas=rosak
rengkat=tempang renghus=bengis
rengkak=riuh rendah
renghus,rengus=marah
rentus,merentus=membentak
renyah=resah,tak senang duduk
Rejer - lebihan potongan kuih-muih/buah-buahan.
repih = cangkul rumput/mematah
Resing=kura kura
reti = faham/makna
retir=mengasingkan biji(biji jagung dari tongkol)
rincih,riceh=hiris atau potong(hiris bawang)
Ridik - Kecil
rincit=riuh
runghas,runjas=jolok
rungkas=lintang pukang
runjang,runjas=jolok
runcat=rentap
rekih=leraikan/patahkan daripada dahan
roba=pemadam pensil
royat/royek=beritahu
Rantun/rathong = bersembang/berborak dengan nada yang kuat ~ dah siar ~
.
S
sababihin=tak senonoh
sambei lodet=sambal ikan bilis tempoyak
sambei=sambal
sambey seronding=sambal tempoyak
sambey lodet=sambal ikan bilis tempoyak
sangai=tudung saji
sanget=sangat
sangkat=paras/takat
sajak=sama
sebert=sebut
sedey=senang,mudah
se'eh,se'ih=kekenyangan
seketeh=sikit sangat
seghring=tegang
seghebing=selekeh
sekah =patah
Sekapuk - org yg ilmu penuh d dada = cendikiawan senala - selalu
Selebet=selekeh
selebik=montel,gemok
seleydea=mimik muka(ledih terjelir sikit pas terh mulut ternganga nSelimum = selesema/eedung berair.
mata kuyu)
selongkor=.selongkar
seluo=seluar
semelewek=bergesel
semelunta=sempelek.comot ~ dah siar ~
sempelek=kotor melekat dibadan(lumpur)
semengah=tak terurus,selekeh
semperueh,semperuyas=tak cantik
senalo = selalu.
sengkeh=sekeh
sengkek=tak ada apa2
Sengkalit = bersepah ~ dah siar ~
sental=gosok,gonyoh,garas
sentea=sentil
senteng=singkat
Sepureyas = comot sangat
seput=mengambil sesuatu barang yg dilapik(kain n kertas dll)
serabai=selekeh serendeng=senget
seraya=mintak tolong
serendeng =senget
serkup=serkap
serkup=penutup kepala,serban
seruk=bujam,buja bakul yg diperbuat dari mengkuang.ada 4bucu tuk simpan padi..
seruai=seluar
sibat hari = hampir maghrib
sibai = menyangkut/duduk buang masa
sigeret=rokok (biasanya disekalikan > rokok sigeret)
simbah=jirus air dgn kuat
simbat=rentap
seroh=runtuh(tanah berlubang besar)
sulat
simbah,=jirus air pada jarak yg jauh
sineh=sini
singker=terasa ngilu pada gigi ~ dah siar ~
sinun,saneh=sana
sipi=nyaris
soder=muka bodoh,buat tak tau je
sokmo,senalo=selalu,senalar,sentiasa
senya/senyo=kebas/sesemut
sungkit,sungket=tuil atau menggunakan hujung jari kaki utk menaikkan sesuatu seperti bola dll
sumbi=perbuatan menyalut emas pada gigi (jaman dedulu)
sumpit=bekas daripada mengkuang/beg
seruk=bekas isi padi
sesibur=pepatung
sekah=patah(dahan pokok)
sepah larah=terlalu berteraburan
sakar/bersakar=keadaan bendalir yang berubah menjadi keras berpasir(berkristal) mcm air gula bersakar/madu bersakar
sudik.sodek=senduk
sulas=seulas
sempueh =
sigong = siku, menyiku
serepih = pecah kecil (cawan, pinggan )
.
~T~
taih = cair.. ~ dah siar ~
Tekih=bersusah
teknyedeh,tek edeh=tak ada
tebei=tebaltangan - penampar
teba=tebang
tagan,tagang=bertaruh
takor.takar =bekas air
tampei=tampal
tampi=mengasingkan kulit atau selaput dari bijrin menggunakan gadang
tanak=jerang,masak nasi
tanok=tanak,masak nasi
tandu=dungkak(membawa seseorang dengan meletakkan kaki dikiri kanan bahu)
tangoh=tanggah=donggak ke atas
tajor=meletak atau memegang batang joran memancing
tanjui.tanjul=ikat n digantung seperti buah
tangkei=tangkai
tangkih=tangkis
taran = ulu @ tankai parang, cangkul rengbas dll..tawo hebey=tawar sangat
tawo=tawar
tawo hebey=tawar tak rasa apa2
terkerenying=tersengih
Telap - kalis
tempang=rengkat
tempas,menempas=perbuatan utk mengasingkan padi dari batangnya
tempeleng=lempang,tampar
tempoh=tempah
tengkalang=bakul dibuat dari buluh
tengkeh,tingkih=sekeh,sengkeh
tenke,tengka=paras ~ dah siar ~
tensey.tensen=tension
tepek=tampal
tepih=tepis
terbangkak=terletak
tergeliat=terkehel,terseliuh
terjongey,terjonger=terjongol,tersembul
terjer=terjun
terjelepok=terduduk(jatuh)
terkeluyat=kerewak,koyak,rebeh
terpeloho,terpelohong=ternganga
terpelengo=terlopong
terpirey=terkuis,terkeluar,terpungkih
terperuang,terperua=terbuka luas
teruh=terus
terkanchuh,terkanchoih=terkejut
terkeranjat=terkejut
terkrenying=sengih
terkinje-kinje = terlompat lompat
terkuncat=terkejut
terkole=terkulai
tersempey=dicelah celah
terseling= hampir lemas
tibai=pukul
tingkih=sekeh
tirih=bocor(biasa digunakan utk menunjukkan atap yg bocor)
tijak,tijok=pijak
togok=minum air
toho=cetek ~ dah siar ~
tonyoh=gosok tekan dgn kuat(kearah muka)
tonjer=tonjol
tumus=jatuh muka menghadap kebawah,tersembam
tungkik=menterbalikkan sesuatu atau terjatuh kepala dulu.
tutuh/tutoh=kapak/potong dahan atau perbuatan bertalu2 ke satu arah
takah=tempat berpijak (khususnya memanjat pokok kelapa)
takek=tetak,takok,pakok
terjerembak=jatuh tersembam ~ dah siar ~
tugak=togok,minum air
tugal=membuat lubang d tanah untuk memanam biji benih spt jagung n etc
tukik=jerit.laung, lauh
tulah=akibat perbuatan yg mendapat bala n sakit
tunjey= tunjal/tolak kepala dgn hujung telunjuk
tuntung=tuang
terberenyut - muka masam kerana marah/ tak puas hati ~ dah siar ~
tambat = ikat
tuel/ tuil = korek, cungkil
terhempak-hempak = lambat, perlahan, lembab, slow
timbun = tambun , kambus
~U~
unghcas=sepahkan.kusutkan
unnjuk = hulur
umpil=membuka atau mengcungkil sesuatu
upeh=pelepah pinang.
~V~
vavi=hahahaha
.
~W~
waksegan=wolkswagen
.
~X~
.
~Y~
yas=kata seruan seperti terkejut
yeh=ya
.
~Z~