KEHEBATAN TOK KELI , PENGHULU MUKIM SEGA 1882
Maka gemparlah akan orang Sega Lama kerana berhampiran Lubuk Petai, berkubu tentera Ingeris pinpinan Kolonel Walker. Pecah khabar Sega Lama akan diserang oleh Inggeris. Selepas itu, Kolonal Walker dan askarnya akan menyerang Budu pula
.
Akan hal itu disampaikan oleh orang kampung kepada Tok Keli. Tok Keli memberitahu dua tiga hari lagi dia akan pergi menghalau orang putih itu. Maka jawapan Tok Keli itu sangat mengusarkan hati orang kampung Sega Lama.
Setelah tiga hari berlalu, berjalanlah Tok Keli menuju ke tempat orang putih berkhemah berhampiran Lubuk Petai. Dalam perjalanan itu , dia melalui kawasan sawah padi. Dicantas oleh Tok Keli akan sebatang padi. Dibuatnya serunai daripada batang padi itu lalu ditiup serunainya ketika angin bertiup menghala ke khemah askar orang putih.
Ditiupnya berterusan serunai itu sambil berjalan. Akhirnya Tok Keli sampai ke kawasan khemah askar orang putih itu. Sesampainya di situ, dilihatnya semua askar orang putih itu tidur belaka. Dikejutkan oleh Tok Keli akan semua askar orang putih itu.
" Sedap sungguh bunyi tiupan seruling tadi," kata Kolonal Walker. " Siapa yang meniupnya sampai kami tertidur."
" Aku yang meniup seruling itu," kata Tok Keli. " Kalau aku berniat jahat kepada kamu dan pasukan kamu, habis aku lambas semua kepala kamu. Oleh kerana itu, mulai sekarang kamu beredarlah dari sini."
Mendengar kata Tok Keli itu, Kolonal Walker mengarahkan anak buahnya bersiap-siap meninggalkan mukim sega.