WAHAI BUMI TELAHLAH AIRMU



Dadaku telah pecah
oleh sebak gelombang pilu
menampar semua pintu rasa.
Betapa hujan mencurahkan air mata
belum jemu membasahi dada jiwa
yang sekian lama mengering kontang.
Air yang menampar muka mula merobek
rasa bimbang, resahnya mula berlurah
di tangkai nyawa.


Wahai bumi, telanlah airmu
dan wahai langit berhentilah
dari curahan hujanmu. 


Anak-anak manusia tidak lagi mampu
menahan resah yang membengkak.
Tidak juga mampu
meredah deburan air yang berhiliran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan