BEKAS KEINSAFAN


Yang menadah adalah bekas
yang belum diisi segenggam taubat
dan sehiris keinsafan
yang selama ini terlalu suci
untuk disentuh. 


Berlarilah ke sana
untuk mengutip segala kotoran
bekas keinsafan dapat menapis dan
mengasingkan segala keangkuhan,
khianat, dendam dan amarah
yang selama ini menutup
pintu-pintu pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan