BIODATA RINGKAS SASTRAWAN HASANUDDIN MD ISA




 PENDIDIKAN AWAL

          
 Hasanuddin bin Md Isa dilahirkan di kampung Kuala  Atok, Raub.Pahang Darul Makmur pada tahun 1 Januari1961. Bapanya, Md Isa bin Omar merupakan petani yang pernah belajar  pendidikan Islam dan bahasa Arab di sebuah pondok pengajian Islam di Bunut Payung sebelum perang. Hasanuddin Md Isa mendapat pendidikan awal di kampung halamannya iaitu di Sek.Kebangsaan Kuala Atok pada 1967-1973.  Beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Kebangsaan Raub pada 1974-1977.  Dengan berbekalkan A15 dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Teknik Kuantan 1977-78.  Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men. Abdul Rahman Talib , Kuantan 1979-1980 di tingkatan 6 Sastera.  Setelah mendapat pencapaian agak baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1981-1984. Seterusnya mulai tahun 1988-89, beliau mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mengikuti kursus dalam bidang Pedogogi dan Metodologi Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Dalam kerjaya yang pernah dijalankannya, beliau pernah menjawat jawatan dalam sektor awam.  Antaranya ialah:

i.GSTL di Sek.Men.Kebangsaan Alor Akar,Kuantan 1986-87
ii.GSTL di Maktab Rendah Sains Mara,Kuantan, 1987
iii.Kurator muzium Sultan Abu Bakar,Pekan, 1988
iv.Tutor Bahasa Melayu Program Khas Diploma Pendidikan, UIA 1989-90
v.Guru Bahasa Melayu/Ekonomi Asas di Sek.Men.Agama Pulau Tawar,Jerantut 1990 –96 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang   JAIP)
vi.Guru Ekonomi Asas di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. 1997-98  (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang   JAIP)
vi.Guru Bahasa Melayu dan Ekonomi  di Sek.Men.Agama Al-Ulum Ad-Diniah , Dong- 1999 – 2008 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang   JAIP)
vii. Pengetua Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini, Bandar Jengka 2008- 98 Februari  2011
viii) Pengetua Sek. Men. Agama Al-Falah Batu Talam, Raub mulai 9 Februari 2011  hingga kini.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Nor Aliza bt. Mohamad Hanib pada November 1990. Hasil perkahwinannya itu dikurniai Allah empat orang cahaya mata iaitu Fatima Zahraa (24tahun), Sa’id Badi’urzaman ( 23 tahun), Ali Shari’ati (21 tahun) dan ‘Aisyah Syahirah (19 tahun).



Sebagai insan biasa, Hasanuddin Md Isa mempunyai hobi yang berbagai-bagai. Setelah beransur usia separuh abad, tidaklah dia bergiat lagi dalam sukan tetapi mengalih usaha kepada mempedalam ilmu melalui pembacaan, perbincangan, penyelidikan dan juga menyampaikan pandangan-pandangan sebagai panel jemputan. Selain itu hobi melancong dimanfaatkan pada waktu terluang.  Namun destinasi pelancongan sekitaran semenanjung Malaysia sahaja.



 ANUGERAH KARYAWAN

PENGHARGAAN / PENGIKHTIRAFAN / HADIAH YANG PERNAH DI TERIMA PADA 
PERINGKAT ANTARABANGSA / KEBANGSAAN / NEGERI          





Dalam bidang penulisan, beliau telah mula  menulis sejak di bangku sekolah menengah lagi.  Hasil-hasil karyanya berbentuk sajak sering disiarkan di dalam majalah tahunan sekolah.  Kemudian bakat penulisannya dilanjutkan dengan menulis rencana-rencana di dalam akhbar tabloid seperti Watan, Tanahair dan lain-lain juga menulis rencana dalam majalah ‘ Al-Muslimah (tahun 1980-an) dan majalah keluaran Pusat Islam Malaysia (Cahaya).  Kerja-kerja penulisannya turut mendapat pengiktirafan.  Beliau pernah memenangi anugerah iaitu:
i.                    Anugerah Khas Budaya Negeri Pahang 1986 Bahagian Penulisan Rencana Budaya,
ii.                  Hadiah Sastera berunsur Islam 1988 (DBP:Novel Mereka Yang Tertewas [dijadikan teks sastera SPM 1991-2001],

iii.                Sastera Berunsur Islam 2, 1990 (DBP: Novel  Halangan dan Rintangan)


iv.                Novel Al-Abrar dipilih dalam penilaian peringkat akhir , Hadiah  Sastera Nasional anjuran Utusan Publication & Distributors 1994,


v.                  Memenangi hadiah utama pertandingan penulisan puisi tradisional (Syair: Masyarakat Madani mengharung zaman)  anjuran Permodalan Nasional Berhad 1999
vi.                Memenangi hadiah sagu hati pertandingan  Penulisan Al-Manak 2001 (cerita rakyat : Puteri Indung Gunung Tahan)  anjuran Nett Space Sdn. Bhd. 2000. 
vii.              Tahun 2004, beliau diberi Anugerah Pengkaryawan Sastera  oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

viii.            Selain itu, buku beliau berjudul  Cebisan Mantera Terakhir  diangkat oleh Majlis Buku Kebangsaan sebagai antara 50 buku terbaik guru dan karya terjemahan guru sempena Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42.  Pada tahun 2015, novel ini dianugerah Hadiah Sastera Darul Makmur oleh Kerajaan Pahang atas sifatnya sebagai Karya Sastera Berunsur Islam.

Penerima Hadiah Sastera Darul Makmur Tahun 2015

ix. Pada tahun 2015  novel beliau berjudul SARJANA BANGSA diangkat sebagai pemenang tempat ke-2 (kategori novel) dalam Sayembara ITBM, PENA dan BH.





Di atas segala kegigihannya berkarya, Hasanuddin bin Md Isa telah diberi anugerah  Inovasi Kakitangan Awam  sempena Maal Hijrah 2015  oleh Kerajaan Pahang Darul Makmur.




1.     KETOKOHAN, KETRAMPILAN DAN SUMBANGAN PEMIKIRAN YANG MEMBERI KESAN DAN IMPAK KEPADA KEMAJUAN DAN PERKEMBANGAN SASTERA MELALUI HASIL TULISAN CALON, DAN


Beliau terlibat dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebagai :
i.                     Ketua 2,  Dewan Persuratan Melayu Pahang Kawasan Raub (DPMP)(2000-2013)
ii.                   AJk Dewan Persuratan Melayu Pahang 2001-2008. DAN 2011-2013. 
iii.                Penasihat PIBG SMA Al-Falah Batu Talam, Raub 2013
iv.                Penasihat Alumni SMAAF Batu Talam, Raub.
v.                  AJK Penyelaras Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi daerah Raub 2013,
vi.                Ahi lembaga Pengarah Koperasi Warga Sejahtera Raub Berhad.

Selain itu juga  beliau sering dijemput menjadi hakim dalam puisi dan nasyid dalam pertandingan  di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, peringkat  negeri anjuran JAIP dan dijemput menyampaikan ceramah kesusasteraan di sekolah-sekolah Malaysia dan juga menyampaikan  pembentangan penulisan di seminar-seminar kesusasteraan.  Di peringkat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beliau juga dilibatkan dalam urusan penyelidikan  dan jawatankuasa pengubalan:
i.                    Panduan Pengurusan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur (terbitan JAIP)  Tahun 2007
ii.                  Pelan Strategik  2009 – 2015 JAIP  Tahun  2008
iii.                Panduan Pengurusan masjid di negeri Pahang  Tahun 2005
iv.                Khutbah Nikah Negeri Pahang Darul Makmur  Tahun 2013
v.                  Panduan pertunangan  di negeri Pahang Darul Makmur 2010

            Selain itu juga, beliau pernah menjadi fasilitator  kebudayaan Melayu di kem-kem  Program Latihan Khidmat Negara sekitar tahun 2005 – 2008.  Dalam tugas ini, beliau memperkenalkan kepada pelajar di kem PLKN mengenai aplikasi  puisi tradisional dan puisi moden  mengikut sukatan pelajaran yang dibekalkan.

 PROLIFIK DAN KONSISTENSI DALAM BERKARYA ( KEUTAMAAN KEPADA YANG DINILAI)




MENONGKAH WAWA SAN
HASANUDDIN MD. ISA

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur

2000
Cetakan Pertama 1995
Cetakan Kedua 2000

@ Hasanuddin Md. Isa 1995
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang rnanamana
bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku mi dalam
apa juga benttik dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Malaysia.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-
Penerbitan

Hasanuddin Md. isa
Menongkah wawasan I Hasanuddin Md. Isa
ISBN 983-62-4739-4
1. Young adult fiction, Malay 2. Malay fiction
1. Judul
899.2333

Dicetak oleh
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS
Ampang/Hulu Kelang
Selangor Danil Ehsan

SEKOLAH BARU

SULASTRI mengikuti langkah-Iangkah Cikgu Moin.
Gadis berusia tujuh belas tahun itu sekali-sekala
memandang ke kiri dan ke kanan lorong laluan yang
menghubungkan antara bangunan-bangunan sekolah.
Dia cuba memastikan kalau-kalau ada rakan-taulan
yang dikenalinya. Dia berasa terlalu asing di situ.
Sekolah Menengah Sen Murni kelihatan terurus
kemas. Bunga-bunga kertas beraneka warna; merah,
putih, dan ungu berkembang mekar. Bunga-bunga itu
ditanam di dalam pasu bunga di setiap sudut sekolah.
Kawasan di persekitaran sekolab kelihatan begitu hersih.
Beberapa orang pekerja sekolah sedang mengutip
sampah-sampah yang bertaburan berhampiran pokok
kayu manis yang rimbun.
Mereka terus melangkah. Sulastri terus mengekori
Cikgu Moin dengan dada yang berdebar-debar.
“Di mana kelas itu, cikguT’ tanya Sulastri untuk
rnenghilangkan nasa bimbangnya.
“Di sana! Di hujung bangunan mi,” beritahu
Cikgu Moin lalu ntempercepatkan Iangkahnya.

1


Sulastri memandang jauh ke hadapan. Kelas yang
dimaksudkan oleh Cikgu Moin itu terletak kurang
Iebih lima puluh meter di hadapannya. Dada Sulastri
semakin berdebar-debar. Bagaimanakah gerangannya
sikap rakan-rakan baharunya nanti? Pertanyaan itu
berligar-ligar di dalam kotak fikir Sulastri.
Sulastri cuba memadam kebimbangan yang berputik
di dalam dirinya. Dia cuba meyakinkan dirinya
bahawa dia mampu untuk menyesuaikan din dengan
sesiapa sahaja yang akan ditemuinya sebentar nanti.
Sulastri memandang sejenak ke dalam kelas yang
dilintasinya. Di pintu kelas tertulis, TINGKATAN
LIMA BUAYA. Sungguh mengerikan perkataan itu,
fikir Sulastri. Tetapi rasa aneh itu dipendam jauh di
dalam hatinya.
“Cikgu,” panggil Sulastri.
Langkah Cikgu Moin terhenti. Dia menoleh ke
arah Sulastri yang agak jauh di belakangnya.
“Ada apa?”
“Mengapa kelas itu dinamakan Tingkatan Lima
Buaya?”
“Kami ingin menanamkan perasaan mencintai
binatang dan alam sekitar,” jelas Cikgu Moin.
“Bukan kerana pelajarnya bersifat ganas?”
Cikgu Moin mengerut kening mendengar pertanyaan
Sulastri itu. Dia cuba berfikir sejenak apakah
jawapan yang wajar disampaikan kepada pelajar barnnya
itu.
“Apa maksud kamu?” tanya Cikgu Moin mendengarnya.

2
“Saya lihat semua pelajarnya bermata melip,
mengantuk, dan memandang dengan pandangan lesu
macam buaya kekenyangan,” jelas Sulastri.
“Saya tidak mahu kamu berprasangka begitu,”
tegur Cikgu Moin. Dia meneruskan langkahnya
semula. “Yang penting, kita mesti menghadapi sesiapa
sahaja dengan jiwa besar,” ujar Cikgu Moin lagi
lalu mempercepatkan Iangkahnya.
Sulastri mempercepatkan langkahnya cuba
mengejar Cikgu Moin yang semakin pantas. Ingin dia
bertanya Iebih lanjut kepada Cikgu Moin tentang suasana
sekolah itu, tetapi Cikgu Moin semakin pantas
mengayun kaki.
“Cikgu!” panggil Sulastri lagi.
Cikgu Moin menoleh ke belakang sekali lagi.
Sambil itu, dma meneruskan langkahnya perlahanlahan,
sambil sekali-sekala memandang ke hadapan.
“Apalagi?” saal Cikgu Moin.
“Apa nama kelas yang akan saya masuki nanti,
cikgu?”
“Tingkatan Lima Harimau,” tegas Cikgu Moin.
“Yang tadi aneh, yang mi mengerikan!” Sulastri
merungut perlahan.
“Jangan jadi penakut,” bentak Cikgu Moin lalu
mempercepatkan langkahnya semula.
Sulastri dapat membayangkan betapa nakalnya
rakan-rakan baharu yang bakal ditemuinya nanti.
Sanggupkah dia menghadapi rakan-rakan baharunya
iw atau dia turut menjadi semacam harimau di dalam
kelas itu nanti?

3


“Saya harap kamu mampu menjadi contoh teladan
kepada rakan-rakan kamu nanti,” pinta Cikgu
Moin ketika jarak mereka tinggal beberapa Iangkah
sahaja untuk sampai ke destinasi.
Suasana kelas Tingkatan Lima Harimau benarbenar
hingar-bingar ketika itu. Ada wajah-wajah yang
cukup tidak menyenangkan memandang kedatangan
Cikgu Moin. Sulastrm agak cemas melihat suasana itu,
tetapi dia cuba bertenang.
“Bangun!!!” Kedengaran suara menyaingi kebisingan
kelas sebaik-baik sahaja Cikgu Moin dan
Sulastri masuk.
Beberapa arang pelajar bangun dan sebahagian
daripada mereka masih leka berkumpul-kumpul di
belakang kelas.
“Selamat pagi, cikgu!” ucap beberapa arang
pelajar yang sudah berdiri.
Pelajar-pelajar yang masih berkumpul-kumpul di
belakang kelas terpinga-pinga. Mereka bergegasgegas
kembali ke kerusi masing-masing setelah
menyedari kehadiran Cikgu Moin di dalam kelas itu.
“Ucap semula!” tempik Cikgu Moin dengan
muka masam mencuka.
“Selamat pagi, Cikguuuu!” ucap semua pelajar.
Namun ada antara mereka mengucapkan ucapan itu
dengan nada sinis.
Cikgu Moin agak meradang. Dia memanjangmanjangkan
leher untuk memastikan siapakah pelajar
yang kurang sapan itu.
“Basitfl!” jerit Cikgu Moin, “man ke sini!”

4


Searang pelajar berbadan agak gempal bangun
dan kerusinya. Sambil menggaru-ganu kepala, dma
benjalan menuju ke hadapan kelas. Semua mata pelajar
menikam pandang ke arahnya.
“Kenapa kamu bersuara begitu?” saal Cikgu
Moin mulai berang.
Basit melempan senyuman kambing kepada
Cikgu Main. Hati Cikgu Moin terbakar amat melihat
gelagat Basit.
“Ke sini!” bentak Cikgu Moin.
Basit akur. Cikgu Moin semakin marah melihat
gelagat Basit yang melambat-lambatkan langkahnya.
Rasa meluat melihat muka munidnya itu benan-benar
memenuhi hati Cikgu Moin.
Basit benhadapan dengan Cikgu Moin. Cikgu
Moin berasa geram. Dia mengetap gigi. Semua pelajan
ketawa melihat gelagat Basit. Basit tidak menghiraukan
ketawa rakan-rakannya. Dia tetap terhmncuthincut.
Ketawa pelajar memenuhi ruang kelas itu.
“Diam!” bentak Cikgu Moin.
Semua pelajar Tingkatan Lima Harimau menikus.
Mereka tahu jika Cikgu Moin semakmn berang,
meneka pasti akan menerima hukumannya. Meneka
mungkmn didenda berjalan mtik di celah-celah lanang
meja. Minggu lepas sahaja, sudah lima kali mereka
dipaksa berdiri di atas meja sepanjang waktu pelaaran
Cikgu Moin. Mereka bersalah kerana tidak benbans
ketika masuk ke dalam kelas.
 “Saya tidak suka kamu tertawa sinis seperti itu,”
kata Cikgu Moin dengan marah
Rujukan:


ARTIKEL IRINGAN TERHDAP KARYA HASANUDDIN MD ISA





i.              KEFUNGSIAN GAYA BAHASA PENGULANGAN DALAM NOVEL AL –ABRAR : SATU ANALISIS WACANA ( THE FUNCTIONALITY OF REPETITION IN THE  AL -ABRAR NOVEL: A DISCOURSE ANALYSIS )  NORIHA BASIR  Universiti Sains Malaysia

ii.            Aspek Gaya bahasa  dalam  Teks Sastera Melayu Berunsur Islam  oleh Mohammad Fadzel Jaafar


Penilaian ilmiah oleh:


1.      Hj. Ilias Hj. Zaidi,  ULASAN DAN KAJIAN MEREKA YANG TERTEWAS SPM,    Penerbit Elman, Kuala Lumpur, 1992.

2.      Hashim bin Supree., NOVEL-NOVEL HASANUDDIN MD ISA: PENYELESAIAN POLEMIK SASTERA ISLAM, Jabatan Persuratan Melayu  Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.   2000

3.    Ahmad Sirajuddin bin Mohd Tahir, NOVEL-NOVEL HASANUDDIN MD ISA: SAYU ANALISIS PENDEKATAN KEAGAMAAN DARI PENGKAEDAHAN MELAYU,  Pusat Pengkajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. 2002.

4..    Roshila Binti Abdul Rahman,  UNSUR-UNSUR DAKWAH DALAM NOVEL  MEREKA YANG TERTEWAS  KARYA HASANUDDIN MD ISA, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2004


KARYA-KARYA

Hasanuddin Md Isa mengerah keringat akalnya untuk menzahirkan karya-karya berupa puisi tradisional, puisi moden, cerpen, rencana dan novel.  Sebahagian karya yang dibukukan seperti berikut:
Antara Hasil karya beliau yang telah diterbitkan ialah
Bil.      Tajuk karya                                                     Penerbit                                  Tahun
1.         Gelora kehidupan                                            Penerbitan Pena,                     1988


2.         Sheida: Sepinya hati Seorang Gadis               K Publishing   1988


3.         Mereka Yang Tertewas                                   Dewan Bahasa dan Pustaka    1989

4.         Pahlawan Kecil                                               Fajar Bakti,                             1989
5.         Khalid Al-Walid & Abu Hurairah                  K Publishing                           1990
6.         Khalid Al-Walid & Abu Hurairah                  K Publishing                           1990
7.         Usman bin Affan                                            K Publishing                           1990

8.         Bilal bin Rabbah & Saad bin Abi Waqqash    K Publishing                           1990
9.         Ali bin Abi Talib                                                         K Publishing                           1990
10.       Halangan dan Rintangan                                Dewan Bahasa dan Pustaka    1990

11.       Salman Al-Farisi & Abu Dzar Al-Ghifar        K Publishing               1990
12.       Pulangnya Camar                                Creative Enterprise Sdn.Bhd  1991

13.       Pendirian Ella                                      K Publishing                           1991

14.       Fatimah Az-Zahra : puteri Rasulullah S.A.W. 
                                                                        Mahir Publications                  1992

15.       Mencari Kekasih                                 Creative Enterprise Sdn.Bhd  1993

16.       Titisan                                                 Creative Enterprise Sdn.Bhd  1993
17.       Ulasan dan soal jawab Mereka yang tertewas SPM
                                                                        Creative Enterprise Sdn.Bhd  1993
18.       Soal Jawab SPM – MEREKA YANG TERTEWAS
                                                                        Creative Enterprise Sdn.Bhd  1994
19.       Rumah kecil ditepi danau                   Dewan Bahasa dan Pustaka    1994

20.       Hirisan                                                 Creative Enterprise Sdn.Bhd  1994
21.       Sembilu                                               Creative Enterprise Sdn.Bhd  1994

22.       Mereka Yang Tertewas2                     Creative Enterprise Sdn.Bhd  1995
23.       Al Abrar                                              Creative Enterprise Sdn.Bhd  1995

24.       Menongkah  wawasan                                    Dewan Bahasa dan Pustaka    1995

25.       Generasi                                              Creative Enterprise Sdn.Bhd  1998

26.       Sentuhan                                             Creative Enterprise Sdn.Bhd  2001

27.       Bidadari Cinta                                                Creative Enterprise Sdn.Bhd  2004

28.       Antologi Puisi Penulis Pahang – HIJRAH MUSAFIR
                                                            Dewan Persuratan Melayu Pahang     2008
29.       Misteri Kota Gelanggi                                    Penerbitan Ilham Baru K.L.    2010

30.       Bidak-bidak Di PapanPerjuangan       Penerbitan Ilham Baru K.L.    2011

31.       Cebisan Mantera  Terakhir                  ITBM  K.Lumpur                   2012
32.       Menelusuri Kerja-kerja Penulisan dan Pemikiran
Novel MEREKA YANG TERTEWAS         ITBM  K.Lumpur                   2013
33.  Sebuah Hijrah Diri                                   PSNPublication , Subang        2013
34. Resepi Menjadi Penulis Kreatif Yang Berjaya
                                                                        PSN Publication , Subang        2013
Dalam pembikinan
i.                    Sufi – Sebuah Hijrah Diri   - novel
ii.                  Di Sisi Mimbar Cintamu  - novel
iii.                Guru Yang Mengukir Kemanusiaan -  Motivasi
 

                                         
  PENCALONAN


Di atas komitmen novelis Hasanuddin Md. Isa dalam penulisan novel maka Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) buat pertama kalinya mencalonkan beliau untuk dipertimbangkan bagi di anugerahkan – Anugerah S.E.A Write Award bagi tahun 2013 ini.

DPMP telah melihat kesungguhan novelis Hasanuddin Md Isa ini dalam bidang novel lantaran pada tahun 2004 DPMP telah memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada beliau sebagai
Anugerah Pengkaryaan Sastera  pada peringkat Negeri Pahang.

Semoga dengan pengiktirafan yang akan diterima oleh beliau kelak bukan sahaja akan memantapkan nama beliau dalam penulisan novel di Malaysia atau rantau Asia Tenggara, malah akan menyemarakkan lagi penulisan novel oleh penulis-penulis novel dari Negeri Pahang.

Oleh itu, DPMP tanpa berbelah bahagi mencalonkan novelis Hasanuddin Md. Isa sebagai penerima Anugerah S.E.A Write Award 2013.

Perhubungan
Facebook  HASANUDDIN MD SA
Email: vilasempam61@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan