JANGAN SEKALIPUN LUPA MENULISLAH DI  FACEBOOK INI KERANA ALLAH

Wahai diri, alangkah indahnya hidup kerana mampu membaca, menulis, memikir dan menaksir dan segala kemahiran akal dapat dikuasai.  Lalu dengan kemahiran yang dianugerah Allah itu, jangan sekalipun lupa menulislah di facebook ini kerana Allah.

Sebagai muslim, ambillah kesempatan ini  untuk menulis hal-hal kebaikan.  Itu anjuran agama Islam untuk yang berupaya.  Demikian Nabi s.a.w. member galakan untuk menebarkan dakwah ini,  “
Bukhari meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Amr RA, bahwa Nabi SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. Kalian boleh menyampaikan riwayat (yang benar) dari kalangan Bani Israil, namun juga tidak berdosa (jika kalian tidak menyampaikannya). Barang siapa sengaja berdusta dengan mengatasnamakan aku, maka bersiap-siaplah masuk neraka.”

Tulislah yang terbaik apa yang pernah kau amalkan dalam kehidupan.  Itu adalah lebih utama supaya contoh itu menjadi ikutan.  Kelak ikutan itu akan membahagiakan kehidupanmu di alam akhirat.  Daripada  Abu Hurairah RA, bahwa Rasullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengajak orang lain untuk mengikuti petunjuk, niscaya akan mendapatkan pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.” (HR Muslim)

Jadilah penulis yang  sangat teliti dalam penggunaan bahasamu.  Di FB ini, rakan-rakan FBmu cuma menemuimu dalam hasil seni  tulismu.  Jadikanlah hasil seni  tulismu itu sesuatu yang mampu merubah  diri rakan-rakanmu ke arah kebaikan.  Demikian Rasulullah s.a.w. memberi jaminan akan kelebihanmu sebagai perubah itu dalam sabdanya, “ Daripada  Sahl bin Sa’d RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada Ali : “Demi Allah, jika Allah memberi petunjuk kepada satu orang melalui perantaraan dirimu, hal itu jauh lebih baik bagimu daripada kekayaan yang sangat berharga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jika kau ahli bahasa dan kesusastraan yang mahir, nukilkan tulisanmu dengan bahasa yang indah dan mesej nukilanmu itu dapat sampai ke dasar hati pembacamu.  Bawalah pembacamu menghayati alam kebaikan itu sehingga jelas nampak perbedaan kebaikan dengan kemungkaran.  Bawalah pembacamu menghayati keindahan Syurga Allah sehingga mampu pembacamu menginsafi diri daripada menghampiri unusr-unsur kejahatan yang boleh mencampakkan ke Neraka Allah.

Imam Hasan al-Banna menggalakkan ahli bahasa yang mahir menulis karyanya sehingga menyentuh pintu hati pembaca. Kata beliau, " Setiap kita yakin bahawa semua kita akan mati tetapi manusia yang berjiwa besar akan mengolah 'seni kematiannya' ".

Berdirilah di sisi jendela FBmu untuk menulis dan menyebarkan isi-isi kebaikan.  Ingatlah penghargaan Allah kepada orang-orang yang berbuat baik.  sebagaimana firman Allah  dalam surah Al – Fussilat: 3

Isu-isu Melingkaran Kenduri Perkahwinan Umat Islam Melayu

Izin saya menyentuh soal ini untuk bersama-sama difikirkan. Selalu saya diajukan soalan, sejauh mana wajibnya menghadiri kenduri perkahwinan yang di dalamnya dipenuhi dengan aneka
kemungkaran. Lalu saya nyatakan saya bukan ahli hukum. Cuma yang saya fahami menghubungkan silaturrahim itu wajib sesama muslim.
Begitu banyak isu-isu yang melingkari kenduri perkahwinan umat Islam Melayu mutakhir ini. Elok disenaraikan satu persatu agar yang salah itu dapat dibetulkan, yang salah difahami dapat dimurnikan. Yang betul dapat dipertegaskan.
Sudah menjadi lumrah dalam mengadakan kenduri perkahwinan itu bertujuan untuk mengisytiharkan pernikahan pasangan yang diijab Kabul. Sekecil-kecil kenduri menumbangkan seekor kambing dan biasanya kenduri yang dijalankan lebih besar daripada itu.
Kecenderungan menjemput rakan taulan jauh dan dekat mendorong kad-kad jemputan perkahwinan direkabentuk dengan pelbagai layout. Malangnya tanpa disedari bakal pengantin memasukkan gambar mereka yang menggambarkan mereka pasangan paling bahagia. Dengan kata lain, gambar bakal pengantin perempuan duduk penuh mesra di sisi bakal pengantin lelaki seolah-olahnya mereka sudah menjadi pasangan suami isteri.
Bagi mencantikkan rupa wajah pengantin, mak andam juru solek dipanggil untuk mengandam. Malang sekali dipanggil perkhidmatan mak andam lelaki lembut untuk mengandam bakal isteri. Tentu tersentuh si kulit lelaki dan perempuan. Dan jelas hukumnya haram. Dan solekan yang tebal itu tentu bertujuan untuk kekal untuk beberapa waktu walaupun menyebabkan lupusnya waktu solat dalam tempoh itu.
Tidak cukup dengan itu, akad nikah dijalankan di masjid. Moleklah begitu. Mudah-mudahan pernikahan itu penuh barakah. Namun kedudukan jantina tidak diasingkan. Memadai dengan hujah yang hadir itu saudara mara kita walaupun hakikatnya memang batal air sembahyang apabila bersentuhan. . Selain itu, sebaik sahaja juru nikah selesai membaca doa selamatnya pernikahan itu, diajukan pula utur cara membatalkan air sembahyang sebelum sempat dilaksanakan solat sunat nikah. Sungguh aib dengan menyuruh si suami mengucup dahi isteri di tengah khalayak bukan muhrim. Juru gambar memetik picu kamera bertalu-talu. Jika semuanya muhrim pun, saya fikir atur cara itu sangat tidak wajar dilaksanakan. Tok-tok Imam, tok bilal, tok siak cuma mampu memandang lantaran mereka tidak ada kuasa untuk menghalang hal itu dijalankan.
Lalu majlis kenduri dijalankan selepas itu. Bagi yang punya biaya , mereka mengadakan di dewan serba indah. Alhamdulillah, itulah rezeki yang perlu disyukuri. Atur caranya berbeza dengan majlis yang dibuat di dewanserbaguna serba panas. Majlis diiringi dengan lagu pelbagai irama dan dengungan muzik itu mengalahkan bunyi muzik di pesta dangdut sehingga tetamu cuma berpeluang untuk makan dan memandang dan tidak berpeluang untuk berbincang. Makan minum bergantung kepada caterer menentukan halal haramnya. Tak terkecuali diselitkan dengan irama yang biasa didengari dari gereja. Selesai menjamu selera, tarian ballet dipamerkan. Tetamu juga dijemput bersama-sama menari untuk mememeriahkan majlis. Tunggang langgang mereka menari walaupun khalayaknya bukan muhrim yang halal bersentuhan.
Adat persandingan yang khilaf cerdik pandai membahaskan halal , makruh , harus dan haramnya dijalankan penuh meriah. Tidak cukup merenjiskan beras garam dan air mawar, diserikan lagi dengan lagaan pipi dan kucupan dahi. Amat lumarah ditemui begitu kini. Dan rasanya macam tidak ada hukum hakam dalam ruang yang dianggap punyai autonom itui.

Saya fikir itulah sebahagian isu yang melingkari majlis kenduri perkahwinan orang Melayu-islam sekarang. Kepada para agamawan, budayawan, pemikir social masyarakat, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak; marilah kita fikir-fikir bersama-sama dan menjadi penmyelesaian untuk menghilangkan keresahan ketika setiap kali ingin meraikan pengantin yang baru mendirikan rumahtangga penuh keberkatan.
 
.

Foto: Gurindam 12 disajikan oleh Raja Ali Haji buat insan yang ingin bermuhasabah diri.  Gurindam dikarang   pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga kepada tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima Negeri Riau Pulau Penyengat

INI GURINDAM PASAL YANG PERTAMA

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama

Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA

Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut

Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang

Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa

Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat

Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji

INI GURINDAM PASAL YANG KETIGA

Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita

Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping

Apabila terpelihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
Daripada segala berat dan ringan

Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fi’il yang tidak senonoh

Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat

Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi

INI GURINDAM PASAL YANG KEEMPAT

Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh

Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah

Mengumpat dam memuji hendaklah pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir

Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala

Jika sedikitpun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka

Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah

Barang siapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar

Barang siapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama ketor

Di manakah salah diri
Jika tidak orang lain yang berperi

Pekerjaan takbur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih

INI GURINDAM PASAL YANG KELIMA

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu

Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

INI GURINDAM PASAL YANG KEENAM

Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat

Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru

Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri

Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan

Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi

INI GURINDAM PASAL YANG KETUJUH

Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta

Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka

Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat

Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih

Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang

Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur

Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar

Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan

Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut

Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar

Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar

INI GURINDAM PASAL YANG KEDELAPAN

Barang siapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya

Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya

Lidah suka membenarkan dirinya
Daripada yang lain dapat kesalahannya

Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang datangnya kabar

Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa

Kejahatan diri disembunyikan
Kebajikan diri diamkan

Ke’aiban orang jangan dibuka
Ke’aiban diri hendaklah sangka

INI GURINDAM PASAL YANG KESEMBILAN

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukannya manusia yaitulah syaitan

Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa

Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja

Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda

Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Di situlah syaitan punya jamuan

Adapun orang tua(h) yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat

Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi berseteru

INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH

Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka

Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat

Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai

Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil

INI GURINDAM PASAL YANG KESEBELAS

Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa

Hendak jadi kepala
Buang perangai yang cela

Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat

Hendak marah
Dahulukan hujjah

Hendak dimalui
Jangan memalui

Hendak ramai
Murahkan perangai

INI GURINDAM PASAL YANG KEDUABELAS

Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri

Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja

Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat

Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu

Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai

Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti

Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak butaGurindam 12 disajikan oleh Raja Ali Haji buat insan yang ingin bermuhasabah diri. Gurindam dikarang pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga kepada tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima Negeri Riau Pulau Penyengat

Kepada hati yang tidak buta
 
Foto: Puisi
Kabur dan keliru

Yang kabur kerana mata tidak mengenal hakikat
rasa,bentuk, warna dan rupa

Yang keliru kerana akal
tumpul menafsir pada aslinya
rasa, bentuk, warna dan rupa

Yang kabur dan keliru ditanda
pada mata dan akal
pada gerak hati dan rumus fikir
yang tidak mengenal jurus benar dan hak

Segala hak yang sudah diciptakan
untuk benarnya hidup manusia meniiti
titian dunia ke akhiratnya.

Sempambaru, Raub 
12 Jun 2012Puisi

12 Jun 2012
318

KHASIAT BUAH DURIAN

Foto: MUSIM DURIAN GUGUR

Tiba sudah musim durian gugur.  Ramai yang memakannya kerana rasa enak, keharuman bau dan nostalgia yang menggamit.  Namun tidak ramai tahu bahawa raja buah itu mengandungi sejumlah zat yang membina kesihatan. 

Pengambilan durian pada kadar 100 gram membekalkan kepada tubuh sejumlah zat dan vitamin iaitu:  

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144 

Namun ramai yang tidak akan berhenti memakan durian walaupun sudah melepasi 100 gram.  Ada yang sanggup memakan lebih 50 biji durian dan mengakibatkan kepanasan badan dan keciritan. 

Bekalan vitamin dalam durian itu memberi manfaat kepada tubuh badan sekurang-kurangnya seperti berikut: 

 1. Ekstrak kulit dan buah dapat digunakan untuk mengobati bengkak dan penyakit kulit.

2. Bertentangan dengan kepercayaan populer, durian justru membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

3. Durian juga berfungsi sebagai pembersih darah.

4. Durian mengandung banyak asam amino triptofan, yang gunanya untuk mengurangi rasa gelisah, depresi dan mengobati insomnia.

5. Makan durian juga menimbulkan rasa bahagia karena buah ini meningkatkan kadar serotonin dalam otak.

6. Durian mengandung banyak protein lembut, yang memungkinkan untuk dikonsumsi oleh mereka yang ingin membentuk otot.

7. Durian juga adalah afrodisiak kelas wahid.

8. Juga direkomendasikan sebagai sumber lemak mentah.

9. Dapat mengatasi anemia karena durian kaya akan asam folat dan zat besi.

10. Dapat mengatasi sembelit karena durian banyak mengandung serat. Selain itu kulit durian yang dilumatkan dan dioleskan ke perut dapat memudahkan buang air besar.

11. Mengawet muda karena mengandung vitamin C sebagai antioksidan.

12. Meningkatkan tekanan darah yang rendah karena engandung zat besi dan sifatnya yang panas.

13. Mengatasi bengkak.

14. Mengobati penyakit ruam pada kulit (kurap).

15. Baik untuk kesehatan tulang dan persendian karena mengandung kalsium, potasium, dan berbagai vitamin B.

16. Kandungan mangaan dapat menjaga kestabilan kadar gula dalam darah.

17. Kulit durian yang dibakar lalu dijadikan abu, airnya dapat melancarkan haid, tetapi juga bersifat abortif.

18. Buahnya dapat sebagai obat penyakit kuning.

19. Meningkatkan nafsu makan karena mengandung niasin dan thiamin.

20. Riboflavin (vitamin B2) dapat membantu mengatasi migrain.

21. Memelihara kesehatan tiroid karena kandungan tembaganya.

22. Dapat mengurangi stres dan depresi karena kandungan piridoksin (B6).

23. Baik untuk kesehatan gigi karena mengandung fosfor (P).

24. Kulit buah durian dapat digunakan sebagai pengusir nyamuk.

25. Akar dan air seduhan daun durian dapat sebagai antipiretik.

26. Akarnya dapat untuk mengobati infeksi pada kuku.

Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.MUSIM DURIAN GUGUR

Tiba sudah musim durian gugur. Ramai yang memakannya kerana rasa enak, keharuman bau dan nostalgia yang menggamit. Namun tidak ramai tahu bahawa raja buah itu mengandungi sejumlah zat yang membina kesihatan.

Pengamb
ilan durian pada kadar 100 gram membekalkan kepada tubuh sejumlah zat dan vitamin iaitu:

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

Namun ramai yang tidak akan berhenti memakan durian walaupun sudah melepasi 100 gram. Ada yang sanggup memakan lebih 50 biji durian dan mengakibatkan kepanasan badan dan keciritan.

Bekalan vitamin dalam durian itu memberi manfaat kepada tubuh badan sekurang-kurangnya seperti berikut:

1. Ekstrak kulit dan buah dapat digunakan untuk mengobati bengkak dan penyakit kulit.

2. Bertentangan dengan kepercayaan populer, durian justru membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

3. Durian juga berfungsi sebagai pembersih darah.

4. Durian mengandung banyak asam amino triptofan, yang gunanya untuk mengurangi rasa gelisah, depresi dan mengobati insomnia.

5. Makan durian juga menimbulkan rasa bahagia karena buah ini meningkatkan kadar serotonin dalam otak.

6. Durian mengandung banyak protein lembut, yang memungkinkan untuk dikonsumsi oleh mereka yang ingin membentuk otot.

7. Durian juga adalah afrodisiak kelas wahid.

8. Juga direkomendasikan sebagai sumber lemak mentah.

9. Dapat mengatasi anemia karena durian kaya akan asam folat dan zat besi.

10. Dapat mengatasi sembelit karena durian banyak mengandung serat. Selain itu kulit durian yang dilumatkan dan dioleskan ke perut dapat memudahkan buang air besar.

11. Mengawet muda karena mengandung vitamin C sebagai antioksidan.

12. Meningkatkan tekanan darah yang rendah karena engandung zat besi dan sifatnya yang panas.

13. Mengatasi bengkak.

14. Mengobati penyakit ruam pada kulit (kurap).

15. Baik untuk kesehatan tulang dan persendian karena mengandung kalsium, potasium, dan berbagai vitamin B.

16. Kandungan mangaan dapat menjaga kestabilan kadar gula dalam darah.

17. Kulit durian yang dibakar lalu dijadikan abu, airnya dapat melancarkan haid, tetapi juga bersifat abortif.

18. Buahnya dapat sebagai obat penyakit kuning.

19. Meningkatkan nafsu makan karena mengandung niasin dan thiamin.

20. Riboflavin (vitamin B2) dapat membantu mengatasi migrain.

21. Memelihara kesehatan tiroid karena kandungan tembaganya.

22. Dapat mengurangi stres dan depresi karena kandungan piridoksin (B6).

23. Baik untuk kesehatan gigi karena mengandung fosfor (P).

24. Kulit buah durian dapat digunakan sebagai pengusir nyamuk.

25. Akar dan air seduhan daun durian dapat sebagai antipiretik.

26. Akarnya dapat untuk mengobati infeksi pada kuku.

Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.
 
MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA

Foto: MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA

Menjelang pilihan raya, mata rakyat tertumpu kepada pemilihan calon yang beramanah.  Demikian tanggungjawab rakyat memastikan kesejahteraan Negara berkekalan.

Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”

Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa :

1- “Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud :

2- “Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”

3- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud :

4- “Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”

5- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :

6- “Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya” 

(Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi m/s 138-139_

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.

Hal ini demikian kerana mengundi adalah  wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah : 

ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب
Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara : 

- Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam

- Mengundi dalam pilihanraya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam 

- Dalam ilmu usul feqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihanraya Malaysia adalah 5 5 tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihanraya sahaja iaitu dalam tempoh 5 tahun sekali

- Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihanraya‎Menjelang pilihan raya, mata rakyat tertumpu kepada pemilihan calon yang beramanah. Demikian tanggungjawab rakyat memastikan kesejahteraan Negara berkekalan.

Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wa
jib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”

Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa :

1- “Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud :

2- “Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”

3- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud :

4- “Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”

5- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :

6- “Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya”

(Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi m/s 138-139_

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.

Hal ini demikian kerana mengundi adalah wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah :

ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب

Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara :

- Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam

- Mengundi dalam pilihanraya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam

- Dalam ilmu usul feqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihanraya Malaysia adalah 5 5 tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihanraya sahaja iaitu dalam tempoh 5 tahun sekali

- Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihanraya
 
JADILAH SEORANG LELAKI

Foto: JADILAH SEORANG LELAKI 

Jadilah seorang lelaki   beriman,yang mengerti erti taqwa dan menghayati kehidupan beragama ini.  Kelak dalam hidupmu menggarap ilmu dari setiap taman-taman Syurga lalu meraih makrifah.

Kelak jadilah kau lelaki yang bertaqwa  lalu meniti kehidupan  dengan hati yang berpaut kepada  Allah. Tegar solatlah sekhusyuknya di sejadah  cintamu  sebagai hamba
 
Jadilah seorang lelaki, yang sopan berakhlak, ,penyayang dan pemurah kerana kau dijadikan Allah untuk memberi kudrat dan  jiwamu  untuk berkorban. Pancarkan maruahmu dengan amal  yang mampu diteladani.

Jadilah seorang lelaki yang santun kepada orang tuamu, seorang lelaki yang teguh  menyayangi anak isteri dan saudara-saudaramu.  Mereka  mengagumimu sebagai pahlawan dengan pembawaan muliamu itu.

Jadilah seorang lelaki  yang memegang al-Quran di tangan kanan dan sunnah dikirimu, mengenggam Islam tanpa tiris dan bocor dan mengigit iman sekukuhnya  di gerhammu. Kau titilah  jalan-jalan perjuangan dengan ketabahan hati sekental hati Nabis.a.w.

Jadilah  seorang  lelaki  yang  berani berkata benar di hadapan  pemerintah yang zalim.

Institut Aminudin Baki
Sri Layang
25.9.2012Jadilah seorang lelaki beriman,yang mengerti erti taqwa dan menghayati kehidupan beragama ini. Kelak dalam hidupmu menggarap ilmu dari setiap taman-taman Syurga lalu meraih makrifah.

Kelak jadilah kau lelaki yan
g bertaqwa lalu meniti kehidupan dengan hati yang berpaut kepada Allah. Tegar solatlah sekhusyuknya di sejadah cintamu sebagai hamba

Jadilah seorang lelaki, yang sopan berakhlak, ,penyayang dan pemurah kerana kau dijadikan Allah untuk memberi kudrat dan jiwamu untuk berkorban. Pancarkan maruahmu dengan amal yang mampu diteladani.

Jadilah seorang lelaki yang santun kepada orang tuamu, seorang lelaki yang teguh menyayangi anak isteri dan saudara-saudaramu. Mereka mengagumimu sebagai pahlawan dengan pembawaan muliamu itu.

Jadilah seorang lelaki yang memegang al-Quran di tangan kanan dan sunnah dikirimu, mengenggam Islam tanpa tiris dan bocor dan mengigit iman sekukuhnya di gerhammu. Kau titilah jalan-jalan perjuangan dengan ketabahan hati sekental hati Nabis.a.w.

Jadilah seorang lelaki yang berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.

Institut Aminudin Baki
Sri Layang
25.9.2012
 
MEREKA yang tertewas 2::

"Di manakah kesudahan hidupnya andai kecundang dalam perjuangan? Di manakah terhenti sebuah impian andai diri tewas dalam berjihad? Namun dia pasrah pada suratan, tega pada penghinaan... Tak mungkin si gagak hitam mampu menggoyah keimanan..."

Foto: ::MEREKA yang tertewas 2::

"Di manakah kesudahan hidupnya andai kecundang dalam perjuangan? Di manakah terhenti sebuah impian andai diri tewas dalam berjihad? Namun dia pasrah pada suratan, tega pada penghinaan... Tak mungkin si gagak hitam mampu menggoyah keimanan..."

Tak begitu, guru?

AYAH

Foto: Cerpen pendek
Tajuk : Ayah
                              - Segmen 1  - 

Ayah bersandar di sofa.  Dia memandang ke arahku.

" Jika ayah   menyusahkan kamu, hantar sahaja ayah ke rumah orang tua.  Ayah tetap gumbira bersama-sama rakan sebaya ayah di sana."

Aku memegang tangan ayah.

" Ayah jangan kata begitu.  Ayah adalah segala-galanya dalam hidup Yim.  Ayah tidak menyusahkan Yim malah membahagiakan Yim.  Yim akan menjaga ayah selagi ada hayat ayah."

" Ayah tidak mahu kamu menyesal.  Sepanjang kamu membesar, ayah tidak mempedulikan sangat kebajikan hidup kamu. Makan pakai dan perasaan kamu tidak pernah ayah ambil peduli."

" Itu semua kisah lama, ayah," kataku. " Allah memberi  Yim kesenangan  pada hari ini pasti juga daripada doa ayah.  Yim amat pasti. "

Ayah menundukkan kepalanya.  Dia masih memegang beg pakaiannya.  

         - Segmen 2  - 

Ketika Omar bin Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah, beliau telah melantik beberapa orang yang bijaksana dan bertaqwa agar menjadi penasihat peribadinya.

Antara mereka adalah Muhammad bin Ka’ab Al-Qurdzi  yang  merupakan penasihat utama khalifah sebelum Omar, iaitu Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

Suatu hari, Omar telah memanggil kesemua penasihat-penasihat peribadinya itu   supaya beliau diberikan nasihat yang bernas, untuk memotivasikan dirinya agar semakin bersemangat untuk menunaikan amanah Allah terhadap rakyatnya.

Omar memandang wajah Muhammad bin Ka’ab, menandakan Omar mahu Muhammad bin Ka’ab pula berkata sesuatu untuk memberikan nasihat kepadanya.

“Apabila kamu inginkan sejahtera dari azab Allah, jadikan orang-orang tua muslim sebagai bapamu, jadikan anak-anak muda muslim sebagai saudaramu dan jadikan anak-anak kecil muslim sebagai anakmu. Justeru, muliakanlah bapamu, hormatilah saudaramu dan lemah lembutlah terhadap anak-anakmu” ujar Muhammad bin Ka’abCerpen pendek
Tajuk : Ayah
- Segmen 1 -

Ayah bersandar di sofa. Dia memandang ke arahku.

" Jika ayah menyusahkan kamu, hantar sahaja ayah ke rumah orang tua. Ayah tetap gumbira bersama-sama rakan sebaya ayah di sana."

Aku memegang tangan ayah.

" Ayah jangan kata begitu. Ayah adalah segala-galanya dalam hidup Yim. Ayah tidak menyusahkan Yim malah membahagiakan Yim. Yim akan menjaga ayah selagi ada hayat ayah."

" Ayah tidak mahu kamu menyesal. Sepanjang kamu membesar, ayah tidak mempedulikan sangat kebajikan hidup kamu. Makan pakai dan perasaan kamu tidak pernah ayah ambil peduli."

" Itu semua kisah lama, ayah," kataku. " Allah memberi Yim kesenangan pada hari ini pasti juga daripada doa ayah. Yim amat pasti. "

Ayah menundukkan kepalanya. Dia masih memegang beg pakaiannya.

- Segmen 2 -

Ketika Omar bin Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah, beliau telah melantik beberapa orang yang bijaksana dan bertaqwa agar menjadi penasihat peribadinya.

Antara mereka adalah Muhammad bin Ka’ab Al-Qurdzi yang merupakan penasihat utama khalifah sebelum Omar, iaitu Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

Suatu hari, Omar telah memanggil kesemua penasihat-penasihat peribadinya itu supaya beliau diberikan nasihat yang bernas, untuk memotivasikan dirinya agar semakin bersemangat untuk menunaikan amanah Allah terhadap rakyatnya.

Omar memandang wajah Muhammad bin Ka’ab, menandakan Omar mahu Muhammad bin Ka’ab pula berkata sesuatu untuk memberikan nasihat kepadanya.

“Apabila kamu inginkan sejahtera dari azab Allah, jadikan orang-orang tua muslim sebagai bapamu, jadikan anak-anak muda muslim sebagai saudaramu dan jadikan anak-anak kecil muslim sebagai anakmu. Justeru, muliakanlah bapamu, hormatilah saudaramu dan lemah lembutlah terhadap anak-anakmu” ujar Muhammad bin Ka’ab

BERIKAN ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH

Foto: BERIKAN  ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH

 Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Din  (agama) yang diredhai di sisi Allah    hanya al-Islam.”
( Ali-’Imran:   19)

Islam diturunkan Allah kepada manusia  untuk memudahkan manusia menyusun kehidupan sesempurnanya.  Demikian sifat Islam   sentiasa menyelamatkan manusia dan dunia daripada kemusnahan.

Islam menyediakan ruang lingkup pengaturan secara menyeluruh untuk membolehkan manusia membangunkan potensinya  menjadi hamba Allah yang baik dan warganegara yang baik.    Islam adalah agama yang menyeluruh, mencakup semua bidang kehidupan.  Islam adalah negara dan watan, atau pun pemerintah dan ummah.  Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan.  Pengetahuan dan undang-undang atau rahmat dan keadilan.  Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan.  Jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran.  Akidah yang benar dan ibadah yang sah

Berikan Islam mememerintah  bukan diperintah.  Berikan Islam mengatur kehidupan individu, kehidupan berkeluarga, kehidupan  bermasyarakat , kehidupan bernegara dan berhubung antara bangsa-bangsa.  

Islam menjanjikan kemuliaan bukan kehinaan.  Islam menjanjikan kemajuan bukan kemunduran.  Islamlah yang berhak mengatur sistem  kehidupan manusia.

“Dan katalah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hendaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang- orang kafir itu neraka yang bergejolak mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih (cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” 
( al-Kahfi:   29. )

 Pemimpin dan pentadbir Islam perlu melunasi semua sistem    dan peraturan Islam dalam hidup bernegara supaya kebajikan semua warganegara dan tanahair  berterusan. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Din (agama) yang diredhai di sisi Allah hanya al-Islam.”
( Ali-’Imran: 19)

Islam diturunkan Allah kepada manusia untuk memudahkan manusia menyusun kehidupan sesempurnanya. Demikian sifat Islam sentiasa menyelamatkan manusia dan dunia daripada kemusnahan.

Islam menyediakan ruang lingkup pengaturan secara menyeluruh untuk membolehkan manusia membangunkan potensinya menjadi hamba Allah yang baik dan warganegara yang baik. Islam adalah agama yang menyeluruh, mencakup semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan watan, atau pun pemerintah dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran. Akidah yang benar dan ibadah yang sah

Berikan Islam mememerintah bukan diperintah. Berikan Islam mengatur kehidupan individu, kehidupan berkeluarga, kehidupan bermasyarakat , kehidupan bernegara dan berhubung antara bangsa-bangsa.

Islam menjanjikan kemuliaan bukan kehinaan. Islam menjanjikan kemajuan bukan kemunduran. Islamlah yang berhak mengatur sistem kehidupan manusia.

“Dan katalah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hendaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang- orang kafir itu neraka yang bergejolak mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih (cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.”
( al-Kahfi: 29. )

Pemimpin dan pentadbir Islam perlu melunasi semua sistem dan peraturan Islam dalam hidup bernegara supaya kebajikan semua warganegara dan tanahair berterusan.
 .

Syair Perahu (Hamzah Fanshuri)

Foto: Syair Perahu
(Hamzah Fanshuri)

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.
 
Kota Kotak

Sebuah kota adalah kotak
Kotak itu kota yang berdiri
tegak tinggi untuk berjalan dari dinding ke dinding
sebuah kotak besar yang dibangga
oleh pemuja sebuah tamadun yang kontang.

BALA ALLAH UNTUK BANGSA-BANGSA YANG ENGKAR

Anak tak sah taraf cecah 234,647

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruh

an sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SUMBER: http://www.bharian.com.my/articles/Anaktaksahtarafcecah234_647/Article/

Berita ini memang menakutkan apabila satu perempat daripada jumlah kelahiran di negara ini ialah bertaraf anak zina.

Allah membinasakan kaum yang hina

Dalam buku yang ditulis oleh Prof Dr Harun Yahya, beliau menyebut, “Penghilangan Pompeii dari muka bumi dengan bencana seperti (letusan gunung berapi ) ini bukanlah tanpa alasan. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut adalah merupakan sarang pemborosan/foya-foya dan perbuatan menyimpang. Kota ini dikenal dengan adanya pelacuran yang sampai pada tingkat tertentu tidak diketahui lagi mana rumah pelacuran dan mana yang bukan. Tiruan alat kelamin dalam ukuran aslinya digantung di depan pintu rumah pelacuran.
Menurut tradisi yang berakar dari kepercayaan Mithraic, organ seksual dan persetubuhan tidaklah seharusnya disembunyikan namun dipertontonkan secara terang-terangan.
Namun lava daari Vesuvius menyapu bersih seluruh kota dari muka bumi dalam waktu sekejap. Meskipun demikian sisi yang paling menarik dari peristiwa ini adalah bahawa tidak ada seorang pun yang selamat dari bencana letusan Vesuvius yang mengerikan ini. Sepertinya mereka sama sekali tidak menyadari bencana tersebut, seolah-olah mereka sedang terlena dalam pengaruh guna-guna.
Sebuah keluarga yang sedang menyantap makanan mereka saat itu juga menjadi batu (membatu). Beberapa pasangan ditemukan membatu di mana mereka sedang melakukan hubungan badan. Hal yang paling menarik adalah bahawa terdapat pasangan yang berjenis kelamin sama dan pasangan muda-mudi yang masih kecil. Wajah dari kebanyakan jasad manusia membatu yang digali dari Pompeii masih utuh sama sekali, ekspresi wajah-wajah tersebut pada umumnya nampak kebingungan

Al-Quran secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Contohnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surah Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29). Di dalam surah Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras , maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” Kematian penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat sama sebagaimana azab yang dikisahkan dalam kedua-dua ayat di atas.

. Zina membinasakan keturunan dan meruntuhkan struktur keluarga. Akibatnya struktur masyarakat juga rosak. Timbul dari kerosakan ini ialah kehidupan masyarakat yang porak peranda.

• Zina meruntuhkan akhlak manusia.

• Zina mengakibatkan penyakit dan wabak.

• Zina menarik kemurkaan Allah taala hingga mengakibatkan turunnya azab dan bala.

Selamatkan Negara tercinta itu daripada bala Allah yang pedih.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila zina dan riba telah nampak di suatu negeri, maka sungguh mereka telah menghalalkan diri mereka (ditimpa) adab Allah ‘Azza wa Jalla.
(HR At-Thabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi).

GUNUNG YANG DICIPTA UNTUK MENYETABILKAN PERGERAKAN BENUA

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)

Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkata

an gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.

Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam.. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya.. Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera.

“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)

Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”

Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.

Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!

Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang.

ALAM SEISINYA ADALAH SUMBER KREATIVITI SEORANG PENULIS

Alam adalah sumber ilham untuk penulis. Di atas alam pula terdapat makhluk Allah yang berbagai jenis. Masing-masing membawa peranan masing-masing dan manusia sebagai pembina dan pem
usnah turut melaksanakan peranannya mengikut naluri masing-masing. Melalui pergaulan manusia dengan alam, lahirlah pelbagai pengalaman yang hebat.

Dalam kerja-kerja penulisan, pengalaman merupakan faktor dominan mengukuhkan bahan-bahan dalam penulisan. Leo Tolstoy penulis tersohor memindahkan pengalamannya menjadi seorang askar pada cerpennya berjudul Childhood. Karya sulung tersebut menyebabkan dirinya mendapat kedudukan istimewa dalam kesusasteraan.

Begitu juga Sevastopol Stories adalah karya daripada pengalamannya ketika mengambil bahagian dalam peperangan melawan orang-orang Turki di Wallachia; penaklukan Silistria dan menyaksikan pertembungan hebat di Sevastopol. Daripada pengalamannya ketika peperangan, makanya terhasil karya A Raid, Sevastopol in December, A Wood Felling dan lain-lain.

Ernest Hemingway seorang penulis berbangsa Amerika, yang banyak menghasilkan karyanya berdasarkan wataknya sendiri iaitu pengalaman semasa kanak-kanak. Ketika zaman kanak-kanak Hemingway tidak dapat kasih sayang ataupun dimanjai kedua ibubapanya. Dalam karyanya muncul watak Nick Adams adalah penjelmaan watak dirinya sendiri. Watak Nick seorang yang kasar, pembengis dan hidup bebas sebagaimana yang pernah dirasai menerusi pengalamannya ketika kanak-kanak.

Demikian juga Shahnon Ahmad melalui karyanya ‘ Ranjau Sepanjang Jalan’ mengeksploitasi pengalaman keluarganya sebagai pesawah padi menggarap pengalaman suka duka Jeha dan Lahuma mengerjakan bendang padi. Azizi Hj. Abdullah dalam mengerjakan novel ‘ Seorang Tua di Kaki Gunung ‘ menoleh kehidupan masyarakat di kaki Gunung Bongsu sebagai bahan penulisannya.

Adab Menerima Tetamu

Antara adab melayan dan memuliakan tetamu ialah riang dan bermanis muka di hadapan tetamu, lembut percakapan dengannya, segera menghidangkan makanan dan minuman sekadar yang termampu.

Pada sehari semalam pertama henda

klah dilebihkan makanan dan minuman daripada yang diberikan kepada keluarganya.
Pada dua hari berikutnya diberi makanan sebagaimana yang diberikan kepada keluarganya tanpa membebankan diri untuk menyediakannya dan jangan sampai memudaratkan keluarganya.
Sabda Rasulullah s.a.w.

Melayan tetamu itu selama tiga hari. Wajib satu hari satu malam. Ada pun selebihnya adalah pahala sedekah terhadapnya. (HR Muslim)

ADAB TETAMU YANG BERTAMU

Di antara adab tetamu yang bertamu pula ialah janganlah menyusahkan dan menimbulkan rasa tidak senang hati kepada tuan rumah. Antara perkara yang menyusahkan tuan rumah ialah seperti tinggal di rumahnya melebihi
tiga hari, ataupun dia tinggal bersama-sama orang yang diziarahinya itu sedangkan dia tahu bahawa orang yang diziarahinya itu tidak memiliki apa-apa untuk melayaninya sebagai tetamu.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Tidak halal bagi seorang muslim itu bermukim di tempat saudaranya sehingga menjatuhkannya ke dalam dosa." Sahabat bertanya," Wahai Rasulullah! Bagaimanakah menjatuhkannya ke dalam dosa? " Rasulullah s.a.w. menjawab, " Dia bermukim di sisinya sedangkan dia (saudaranya) itu tidak memiliki sesuatu untuk menghormatinya."

MEMBUKA KAMPUNG KUALA SUNGAI JAHIT DONG

Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak dikahwinkan dengan orang Sega. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau.

Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah Muhamad Sidik kepada Tok Keli. Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan Saka itu orang terbilang dan beragama dari tanah seberang. Selain itu, abang Tujuan Saka bernama Fakeh Khalifah itu bernikah dengan keturunan Baginda Demu yang tinggal di Budu. Akan Tok Keli Penghulu Sega itu juga ada bernikah isteri kedua dengan orang Rawa di Temau melahirkan anak lelaki bernama Mohd Taibi

Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli.

“ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini?

Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan bertanggungjawab.”

Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega.
Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub. Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama

Setelah berlaku perkahwinan itu, Tujuan Saka memberi maklum kepada Tok Keli akan hajatnya hendak membuka tanah paya di Kuala Sg. Jahit. Maka dipersetujui oleh Tok Keli. Selang beberapa lama selepas perang Gali, Muhamad Arif anak Tujuan Saka (adik beradik Mas Da) diberi surat kebenaran membuka kampung di Kuala Sungai Jahit. Sebahagian kawasan kampung yang diberi kebenaran itu diberi pula oleh Muhamad Arif kepada sepupunya bernama Hajah Sarifah anak Fakeh Khalifah.

Demikian terikatlah di Sungai Jahit itu kekerabatan mereka dengan orang sebelah Sega dan orang sebelah Budu.

Maka masa membuka Kuala Sungai Jahit itu hamper bersamaanlah dengan masa membuka Kampung Durian Sebatang, Kuala Dong, Temau dan Ajai

WARIS-WARIS DI DONG

WARIS-WARIS KAS DI DONG

Puas kas membelok-belok terombe. Hajatnya nok mengesan waris kas di Dong.
Kabonya ramai waris kas di siteh. Belok punya belok terjumpa secebis kisah.

Segalanya bermula daripada Aminah (Suaminya Tok Sarih bin Tok Unus , Orang Chenor.) Beranoklah dia akan
(1) Khatib Ismail.

Akan keluarga daripada Khatib Ismail kudapati catatnya seperti berikut:

(1) Khatib Ismail
Khatib Ismail pulok beranoklah dia akan i. Pendekor Arshad,ii. Hj. Rausi, iii. Hj. Ramli, iv. Gik,v. Basir, vi. Hamzah, vii. Hj. Nik ,viii. Rokayah, ix. Sanah dan x. Busu.
i. Pendekor Arshad beranak akan Hj. Ramlah, Manah dan Damah
Hj. Ramlah beranak akan Ismail, Rokian, Maharom dan Khadijah
Manah beranak akan Hjjh Hamiah, Mariam dan Zaharah
Damah beranak akan Zakaria

ii. Hj. Rausi beranak akan Imam Selimin, Daiman dan Hj. Badawi
iii. Hj. Ramli (tiada catatan)
iv. Gik beranak akan Ilyas, Osman dan Abdullah
v. Basir (tiada catatan)
vi. Hamzah beranak Ishak, Budin dan Sulaiman
vii. Hj Nik (tiada catatan)
viii. Rokayah beranak akan Sahlasun, Hj Ahdiah, Hj. Sahman
ix. Sanah ( tiada catatan)
x. Busu beranak akan Kamarudin, Hjjh Zaliah, Hj. Hasan

Sekian dalam catatan kas. Kas tabik pada keluarga  beloh Dong .

Bottom of Form